Monday, February 23, 2009

TIMAH BUKAN PERAK

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.


4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

****Copied from Tok Wan Det punya blog...izinkan ye...

Saturday, February 7, 2009

KENYATAAN TENGKU RAZALEIGH HAMZAH - perlu baca ni..

KENYATAAN TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

“ Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah dari aspek perundangan dan perlembagaan melainkan jika beliau meletak jawatan atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri. Tiada sebarang “provision” atau keizinan dalam perlembagaan boleh menyingkirkannya dari jawatan tersebut dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui “petitions” atau tindakan di mahkamah mahupun melalui arahan dari mana-mana pihak berkuasa.

“Kerajaan sedia ada terjelma berasaskan dua prinsip utama yang termaktub dalam perlembagaan secara sah “legitimate” dan mutlak bukan terasas dengan kezaliman atau kekejaman menurut undang-undang rimba.

“Kerajaan yang sah (legitimate) memperolehi kuasa dari kepercayaan dan kerelaan rakyat berserta pemimpin dipilih menerusi pilihanraya bebas dan adil. Untuk mengetahui sah dan mutlaknya sesabuah kerajaan samada di Sabah, Sarawak atau Perak mahupun di mana – mana negeri hanyalah melalui pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat. Inilah asas amalan kita atas nama “demokrasi berperlembagaan”.

“Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembentukkan atau pembubaran sesabuah kerajaan yang dilakukan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan atau bertentangan dengan kehendaknya merupakan penghakisan perlaksanaan undang-undang (rule of law) memungkinkan tertubuhnya kerajaan yang tidak sah.

“Menyentuh persoalan sah atau tidak perlantikan mahupun pemecatan jawatan ketua kerajaan (Perdana Menteri ataupun Menteri Besar) Perlembagaan menetapkan hanya kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat .atau Dewan Undangan Negeri sahaja penentu mutlak dan tidak boleh dilakukan di luar dewan atau melalui pengumuman, desakan, siaran media mahupun sebarang cara yang tidak dihalalkan oleh perlembagaan.

”Kuasa mutlak hanya diperolehi melalui hala cara menurut perlembagaan dan tidak secara paksa atau adanya elemen “jual beli” mahupun sogokkan. Inilah perundangan bagi membolehkan kita menubuhkan kerajaan, negara dan masyarakat . Teramat sukar untuk saya bayangkan kesan kepada pemilikan kuasa yang diperolehi diluar paksi perundangan. “ jelas Tengku Razaleigh.
PERLEMBAGAAN NEGERI AMAT JELAS PERAK TIDAK PERLU DUA MB

Perkara 16(6) – Sistem Raja Berperlembagan , Sultan hanya ada kuasa untuk melucutkan
Jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri ( exco) Tidak Menteri Besar.

Menteri Besar boleh di lucutkan jawatan melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri, undi tidak percaya kepada Menteri Besar dalam sidang Dewan Undangan atau Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.

Copied from Bro Isham punya Blog .. tukartiub.... (izinkan ye bro. isham..)

Monday, February 2, 2009

Pasal ADUN Lompat Melompat...sila komen,

Bila ada ADUN BN "berhijrah" ke PR, dia dikatakan lemah dan tiada pendirian. Mengkhianati pengundi yang memilihnya. Dirasuah oleh PR. Merosakkan sistem demokrasi dan bermacam2 lagi.

Bila ada ADUN PR "ditarik" ke BN, dia dikatakan bersemangat untuk berjuang. Mementingkan kepercayaan rakyat. Masuk BN kerana keikhlasan.

apa komen anda...

Sunday, February 1, 2009

02 FEBRUARY 2009 ....

MMM.... 02/02/2009 (isnin) pastinya hari yg amt dinntikn oleh 'seseorang'..
ye la.. hanya 'dia' yg tahu apa benda yg aku tulis ni.... heh3.

apepun,,.. aku tetap berdoa dan terus berdoa agar 'dia' sukses