Saturday, March 28, 2009

Sebenarnya UMNO ketandusan tokoh

Sebenarnya UMNO ketandusan tokoh dan bagi saya tiada seorang pun diantara mereka yg mempunyai pekej lengkap bagi mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

  • Khairy - Berpelajaran, bijak, & aggressive tapi malang rasuah...
  • Khir - Mempunyai banyak idea2 baru tapi selalu merapu, gelojoh & berselera besar; org kat S'gor gelar 10 Million Dollarman (Commission)..
  • Mukhriz - Nothing wrong with this man so far... tapi org takut beliau adalah bayangan Tun Mahathir. Rakyat tak mau pisang berbuah 2 kali.
UMNO memang terlalu sukar untuk reform kerana gejala2 negative yg telah menular buat sekian lama telah menjadi darah daging.

Memang agaknya Allah telah merancang & menentukan bahawa UMNO bukan lagi wadah bagi orang2 Melayu untuk bergantung hidup...

Saya tertarik dgn satu hadith yang menyebut bahawa di saat akhir zaman kelak Islam tidak lagi dipunyai/ kuasai oleh orang2 Arab kerana mungkin pada ketika itu orang2 Arab begitu sibuk dengan kemewahan hidup, sering bermusuhan sesama sendiri, kaki sex, rasuah & lain2.

Tidak Semua Dalam Saf Orang Yang Insaf

From http://kadirjasin.blogspot.com/
Comment by Dari Borneo ke Minang.

Saya tidak terkejut tetapi amat kecewa dengan pemilihan Ketua Pemuda baru.

Persoalan saya:
(1) Adakah para perwakilan (khasnya Pemuda) tidak sedar akan sentimen negatif terhadap
Ketua Pemuda yang baru mereka pilih?
(2) Adakah poket sendiri lebih penting dari UMNO?
(3) Adakah rasuah amalan hidup mereka?

Banyak lagi persoalan yang berkaitan bolih diketengahkan. Tetapi yang penting adalah mesaj yang diberi olih Pemuda UMNO kepada dunia luar dengan pemilihan ketua baru mereka.

"Kami sokong pesalah politik wang asalkan kocek kami berisi..."

Yang memilukan ialah pemuda-pemuda inilah barisan pemimpin dikemudian hari.

Hanya ada satu cara untuk membendung perkara ini dari menjadi lebih parah!

Tolak UMNO...!

Rakyat mesti tolak UMNO jika para perwakilan Pemuda UMNO sendiri tidak bermaruah dengan memilih pesalah politik wang...!!!

Mana keinsafan UMNO? Mana...?

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

p/s:

Kalau Ketua Pemuda UMNO merangkap pesalah politik wang dilantik ke Kabinet, Najib berkemungkinan besar akan jadi Presiden UMNO yang pertama yang menjadi pembangkang...


Wednesday, March 25, 2009

UPDATE BLOG..... KAT PETALING JAYA.... da meeting.

salam..
dah lama asanya x update blog aku ni...

TO TUNANG AKU...
abg smpai kat KLIA dh jam 4.30 pm... ujan...
from KLIA.... amik KL Xpress trus ke KL Central...
from KL Central.... amik LRT trus ke Asia Jaya...
from Asia Jaya LRT Station... trus ke Armada Hotel...
from hotel...... he he he... esok pi meeting ler... :)

Lagi, abg x lupa.. abg akan dapatkan brg pesanan syg tu...
tunggu ya.... pasti dpt.

Emmuuuahsss... :)
** TAKE CARE URSELF **


*** asa mcm nk attach picture kat sini... tpi x leh nk transfer lagi... nanti nanti la...

Wednesday, March 18, 2009

SPRM; BERAT RANTAI DARI BERUK.

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut merasa malu kerana status yang diberikan kepada beliau cukup gah dan hebat sebagai ‘Ketua Suruhanjaya.’ Tetapi ramai pula mengatakan bahawa SPRM ternyata berperanan tak seimbang, tak telus atau kena mata dipejamkan, kena perut dikempiskan.

Ketua Suruhanjaya ini seperti petani yang menangkap ikan darat dalam kubang dengan perasaan terburu-buru tetapi tidak mempunyai kepakaran menangkap ikan darat dalam lumpur.

Pegang ekur terlepas, cekup kepala, kodek sikit terlucut. Sauk ikan keli, penyauk bocor. Masuk ke dalam raga, raga carik. Akhirnya badan penuh lumpur, ikan tak seekurpun dapat.

Bila naik dari tangkapan, diberitahu dengan riuh rendah bahawa tangkapan sudah dibuat. Tapi yang ditangkap itu sebenarnya anak sepat ronggeng.

Sudah banyak fail yang dibuka dan sebanyak itu juga di tutup. Sudah banyak aduan diterima, tetapi aduan itu asyik ditapis. Ada pula aduan tegar, tetapi yang berlaku ialah pekak badak.

Pejabat polis yang dikunjungi ramai, bukan lagi pesalah atau report motosikal hilang tetapi aduan demi aduan tentang salah laku dan rasuah, terutama rasuah politik. Tetapi malangnya fail aduan yang bertimbun-timbun itu, entahkan dipeduli atau tidak oleh SPRM.

Seorang penjual sayur kangkong di pasar bertanya: Apa yang SPRM siasat?

Maka jawablah pula yang seorang lagi, penjual santan kelapa: Ehhh banyak, sampai tak terdakwa.

Tetapi apapun yang jelas sekarang, SPRM semacam tidak ada tenaga apabila ruang laporan polis dibuka di mana-mana saja dan boleh dilaporkan bila-bila masa.

Satu ketika dulu, SPRM nampaknya bertenaga, seperti Peruruhjayanya minum tongkat Ali. Ada kes, yang belum pun diputus di mana-mana, termasuk Peguam Negara, beliau subuh-subuh lagi membuat kenyataan bahawa SPRM sudah ada bukti kukuh. (Rujuk dakwaan rasuah terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim-Berita Harian 21 Februari 2009) tetapi akhirnya yang kukuh itu ternyata seperti batang keladi lembik diperdu.

Kemudian berlaku pula laporan yang mengejutkan dari kumpulan yang agak berani. Mereka semacam hendak menguji sejauh mana ketelusan SPRM. Laporan itu mengaitkan betapa tidak telus Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dikatakan melindungi kes di mana anak beliau yang memiliki gambar lucah di luar negara.

Tapi tak menjadi juga laporan itu. Ramai rakyat sedang menuggu kalau-kalau Ketua PSRM ini bersikap seperti pribadi Rasulullah yang pernah bersabda; Jika Fatimah anakku sendiri yang melakukan kesalahan, aku tidak akan melindunginya.

Saman dan laporan yang berkaitan dengan rasuah politik, rasuah wang, tipu, lobi dan pangkat berderet-deret seperti itik pulang petang.

Namun Ketuanya dan SPRM sendiri asyik menggaru gelambir bawah dagu.

Kepada orang awam dijelaskan, jangan tanya peranan kami. Yang penting pembangkang banyak buat salah yang kukuh. Konsep ketelusan Islam Hadhari, ia mesti dipilih-pilih.

Yang peliknya, yang tidak pernah diberitahu oleh PSRM, yang tidak pernah dijelaskan punca sebabnya ialah, begitu ramai laporan, begitu banyak dakwaan, ‘Tidak ada satu pun di dapati bersalah.’

Beberapa orang pemimpin Umno yang dilaporkan sebagai pelaku ‘politik wang’, didapati tidak ada bukti. Peguam Negara dan Ketua Polis juga dikatakan tidak terlibat dengan dakwaan mata lebam Anwar Ibrahim.

‘Habis, kalau semua tak salah, siapa yang salah?’ tempik Maksu Limah yang menjual daun pisang di pasar.

Ternyata tempikan ini dari rakyat yang bodoh. Rakyat yang tak tahu undang-undang. Tetapi kebodohan rakyat ini kadang-kadang boleh diterima kerana pekanya mereka, seperti ada laporan bagaimana Tan Sri Rafidah Aziz ketika setiap kali mengadakan Mesyuarat Wanita dan Sidang media, setiap kali pula menyediakan Qur`an di atas rehal di depannya;

“Berapa kali pula Tan Sri buka Qur`an tu? Auratnya di mana? Bacakah maknanya?”

Yang tahu jawapannya hanyalah AJK Wanita itu sendiri namun kerana mereka ‘pokka’ tukang angguk, jawapan itu tetap tidak muncul.


Keadaan SPRM sekarang, yang mereka terima bukan tuduhan. Tuduhan bolehlah dikatakan pembohong, ada dengki, ada ‘mala fide’ tetapi apa yang SPRM terima ialah laporan. Laporan tentulah bersama-sama dengan beberapa bukti, angka, statistik, tarikh, siapa yang terlibat, di mana, bila, apa dan lain-lain lagi.

Laporan tentu sekali bukan seperti kertas pembungkus kacang putih.

Tetapi malang SPRM menganggap ia seperti kertas catatan budak-budak menyertai bengkel lalu lintas.


Siapapun yang membuat laporan atau report mengharap ia akan diadili atau diselidik. SPRM yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri berharap ia mendahului telus dan tidak berkepentingan melainkan keadilan yang akan terserlah kemudiannya. Tapi SPRM naik perasan. SPRM salah anggap dan bersikap tidak sedar diri. SPRM semacam berperasan bahawa dia perlu membuktikan kepada Perdana Menteri bahawa dia mesti ‘bias’ kepada Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi kerana Datuk Sri itu Perdana Menteri, kerana itulah dia kena tunjuk muka.

Di takdirkan pula Datuk Sri Abdullah tidak lagi menjadi Perdana Menteri, sedangkan kedudukan dan status perlu dikekal, apa yang mesti dilakukan? Tak lain tak bukan, rakyatlah juga yang menjadi mangsa kerana laporan demi laporan, aduan demi aduan yang dibuat kepada seluruh balai polis, dinyahkan begitu saja kerana hendak jaga Datuk Seri Najib pula.

Jika begini keadaannya, bilakah masanya ketelusan, keadilan akan muncul. Apakah sikap begini kerana ingin mempertahankan Umno kerana Datuk Seri Najib Presiden Umno? (sekurang-kurangnya buat masa ini)

Tapi SPRM harus ingat, ia badan bebas. Tak wujud Umno pun ia mesti ada dan mesti bebas. SPRM bukan milik Umno. Jika begini, apakah untungnya kalau SPRM bersikap tidak professional?

Dengan ketelusan SPRM di bawah seliaan atau perentah Ketuanya, kita bukan ingin melihat ramainya pesalah hasil dari laporan rakyat. Ramai pesalah dan ramai perasuah bukan sesuatu yang membanggakan. Ia sama dengan ramainya penjenayah atau penagih dadah. Tetapi kita inginkan ketelusan, keadilan dan terhukumnya pesalah. Ini saja.

Apa untungnya SPRM menyimpan banyak pesalah yang didakwa oleh yang membuat laporan, sehingga menjadi sesak berasak seperti ikan pekasam?

Jika ikan pekasa dalam guri disimpan lama, ia akan berulat dan busuk. Bagaimana kalau pekasan rasuah yang akan busuk dalam negara? SPRM perlu mengelak dari pepatah ‘Berat Rantai Dari Beruk,’.

Demikian yang kita harapkan. Tulisan ini mungkin bagi setengah orang menganggap sebagai tulisan ‘kurang sopan’ atau melampau atau bersifat busuk hati.

Jika begitu anggapan, terpulanglah. Bagi kita, kadang-kadang dengan ketukan sajalah paku akan masuk ke papan kayu cengal yang keras.

Salam.

Thursday, March 5, 2009

Elakkan bercakap nyaring - Wasiat ke-7 Imam Hasan Al-Banna

Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita. Demikianlah antara wasiat Imam Hasan al-Banna.

Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri.

Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19]

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara ketika berbual bersama teman-temannya. Ini kerana, hal meninggikan suara itu boleh menimbulkan pergaduhan.

Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.

Di dalam satu bab, pernah dikupas perihal tiadanya suara-suara yang keras dan nyaring dalam keluarga beliau.

Semua ini menunjukkan bahawa Hasan al-Banna telah merintis jalan teori dan melaksanakan amalinya dalam keluarganya sendiri. Maka di sini, al-Banna benar-benar telah menjadikan wasiat Luqman al-Hakim itu sebagai panduannya.

Sikap nabi-nabi yang bersikap lemah-lembut kepada pihak yang didakwah juga patut diberikan perhatian..

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Demikian juga ketika diperintahkan kepada Musa a.s dan Harun a.s untuk berdepan dengan kezaliman Fir'aun.

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." [Taha: 44]

Jangan nyaring berwirid
Malah dalam hal yang berkaitan dengan wirid, ratib dan zikir sekali pun, Allah s.w.t menyeru kita supaya meratibkannya dengan rendah dan tidak nyaring.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [Al-'Araaf: 205]

Mungkin, dengan berzikir dalam senyap, hal ini tidak diketahui orang lain dan dengan itu, kita terselamat daripada bahaya riyak, penyakit 'ujub dan sum'ah.

Lantas, timbul persoalan baru mengenai amalan tarekat yang berzikir, meratib beramai-ramai sehingga tinggi dan nyaring pula suara mereka. Maka, bagaimanakah kedudukan ratib, zikir mereka ini?

Dalam hal latihan kerohanian, hal-hal seumpama itu dibenarkan, diharuskan dengan sebab melatih murid-murid untuk berzikir. Ini kerana, bagi sesetengah orang, penumpuan untuk berzikir itu sangat sukar kerana mereka terlalu banyak berkhayal mengenai kenikmatan dan kelazatan duniawi sebelum ini.

Maka, hal-hal yang seumpama itu tiada salahnya atas tujuan latihan. Mungkin, apabila tiba waktunya, mereka akan diminta meneruskan wirid dengan perlahan-lahan di tempat suluk mereka sendiri. Wallahu'alam..

Jangan keraskan suara di depan guru
Perihal keburukan suara yang nyaring ini telah dibangkitkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran, di mana hal itu termasuk dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan adab bersama Rasulullah s.a.w.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah, - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib).

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Hujurat: 2-5]

Timbul persoalan lain, baginda Rasulullah s.a.w tidak lagi berada di sisi kita. Betapalah kita akan mengangkat suara dan menyaringkan suara kepada baginda? Maka, dalam hal ini, ingatlah pengertian hadis yang bermaksud, "Golongan ulamak itu adalah pewaris kepada para nabi."

Adapun guru-guru itu, orang-orang tua yang bijaksana dan mereka yang selalu dilihat sebagai orang yang berpengetahuan dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita, kepada bangsa kita dalam hal-hal agama, mereka itu penggalas amanah Rasulullah s.a.w. Kepada mereka, janganlah kita mengeraskan suara kita.

Rendahkan suara di depan ibu bapa
Maka, termasuk dalam kalangan manusia yang mesti kita rendahkan suara terhadap mereka, ialah ibu bapa kita sendiri.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." [Al-Isra': 23-24]

Melakukan amal kebaktian kepada ibu bapa adalah jalan termudah mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, baginda Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu." dan sabda baginda lagi; "Keredhaan Allah itu terletak di atas keredhaan Allah s.w.t."

Sesetengah pihak melihat keredhaan Allah itu didapati lewat zikir-zikir, wirid-wirid sebagai yang disebut mereka dalam munajat, "Ilahi anta maqshudi, wa ridhaka mathluubi - Tuhanku Engkaulah matlamatku dan aku menuntut keredhaanMu."

Tetapi, ada yang bersikap kasar, bengis dan mengeraskan suaranya kepada ibu bapa. Adakah kita termasuk dalam golongan yang berhak mendapat keredhaan Tuhan? Sekali-kali tidak! Kita perlu hormat ASAL-USUL (ibu bapa) bagi mendapatkan redha YANG PALING ASAL, YANG PALING AWAL (Allah s.w.t).

Demikian juga hubungan antara Rakyat dan Pemerintah. Pemerintah berasal daripada rakyat. Maka pemerintah yang diredhai pemerintahannya adalah pemerintah yang menghormati rakyat dengan memansuhkan ISA, PPSMI, Auku dan segala undang-undang yang meresah-gelisahkan hati rakyat.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Apabila rakyat tidak meredhai pemerintahan pemerintah, maka Allah s.w.t tidak meredhai pemerintahan mereka itu. Sebab itulah timbul banyak kekacauan dan semua itu adalah petanda, sindrom kepada pemerintahan yang tidak diredhai Tuhan. Oleh itu, banyakkan meminta ampun bagi pihak rakyat dan jangan bersikap kasar dengan rakyat.

Seperti mana anak mesti hormatkan ASAL-USUL (ibu bapa) untuk mendapat redha Tuhan, maka demikianlah pemerintah mesti hormatkan ASAL-USUL (rakyat) untuk mendapat restu Allah dalam pemerintahan mereka.

Jika seorang anak itu berbicara dengan baik kepada ibu bapanya sebagai tanda hormat dan mendapat redha Tuhan, demikian pemerintah jangan berbicara dengan keras dan nyaring kepada rakyat dengan mengugut dan mengancam mereka dengan jentera kerajaan seperti polis, tentera dan sebagainya.

Diriwayatkan, pernah suatu ketika, seorang anak muda mendaftar diri untuk pergi berperang ke medan jihad. Rasulullah s.a.w merenung wajah anak muda itu dengan pandangan kasyafnya.

"Anak muda, jelaskan kepadaku bagaimana keadaan orang tuamu tatkala kamu keluar daripada rumahmu tadi," kata baginda.

"Ya Rasulullah, hamba mesti beritahu kepadamu bahawa dengan sesungguhnya aku ingin syahid di jalan Allah. Tetapi kedua orang tuaku menangis, meminta aku tidak pergi berperang kerana aku satu-satunya anak tunggal mereka."

"Engkau mendapat pahala. Sekarang.. dengan perintah Rasulullah, kembalilah ke rumah. Gembirakanlah hati kedua-dua ibu bapamu," demikian baginda memutuskan.

Maka, pulanglah si anak muda itu dan gembiralah kedua-dua ibu bapanya. Anak muda tadi telah beroleh pahala sekali gus mendapat keredhaan Allah di rumahnya dan bukan di medan jihad.

Sementara itu, Nabi Ibrahim a.s adalah antara contoh anak yang menyeru bapanya, Aazar (pembuat patung berhala) ke arah jalan Tauhid dengan baik dan tabah hati.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata." [Al-An'aam:74]

Malah, baginda telah mendoakan kebaikan kepada ayahnya sendiri, walhal tindakan itu dilarang agama..

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekali pun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. [Surah at-Taubah: 113 - 114]

Disebutkan di situ, ada dua nilai yang menyebabkan baginda bersikap baik kepada orang tuanya. Pertama, baginda lembut hati dan bersikap penyabar. Hal inilah yang mesti hadir dalam jiwa seorang anak yang mahu keredhaan Tuhan dengan cara melakukan kebaikan kepada orang tuanya.

Maka, hal bercakap nyaring kepada orang-ramai, menjerkah dengan marah-marah, bersuara dengan keras tidak melambangkan kelembutan hati seseorang pendakwah itu. Demikianlah jika kita mahu laksanakan pesan dan wasiat Imam Hasan al-Banna.

Tuesday, March 3, 2009

Rakyat Semakin Faham....

Kini rakyat lebih faham siapa sebenarnya parti UMNO-BN....! Kelebihan UMNO-BN adalah kerana mereka memiliki polis, SPR, SPRM, Peguam Negara dan memperalatkan kuasa raja.

Apabila Peguam Negara membisu terhadap kes undang-undang tubuh kerajaan negeri perak bermakna pemimpin Pakatan Rakyat berada dilandasan yang betul. Mereka tidak boleh menganggu gugat kedudukan MB Perak Mohammad Nizar dan Tuan Speaker R.Siva. Dan apa yang Tuan Speaker buat adalah benar dan sah.

Oleh kerana itu kita lihat hanya pencacai yang tak ubah seperti anjing menyalak bukit tunjuk pandai berkaitan dengan undang-undang. Tapi habuk pun tarak!!!

Rakyat kini sentiasa berada dibelakang pemimpin Pakatan Rakyat. Oleh kerana itu perjuangan mesti diteruskan walau apa pun tekanan yang dilakukan oleh UMNO-BN dan penjawat awam yang bersetongkol.

Percayalah, bahawa kuasa rakyat lebih hebat dari kuasa polis, SPRM, SPR, Peguam Negera, atau pun kuasa raja.

"Lawan tetap lawan"

Dua ahli Umno mahu dapatkan perintah halang perhimpunan agung - BritaHairan

KUALA LUMPUR: Dua ahli Umno bercadang mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang perhimpunan agung parti bulan ini jika jika kes salah laku dan politik wang tidak diselesaikan segera.

Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Shah, dan ahli Umno Bahagian Subang, Datuk Mazlan Harun, menegaskan mereka bersedia menerima tindakan tata tertib parti atas tindakan mereka itu.



- mmmmmmm.... ELOK SNGAT..mmmmmmmm... ama setuju gak..

Insiden yang memalukan rakyat Malaysia....

- Pemuda UMNO telah membuat tidak kurang 98 laporan polis ( laporan palsu) terhadap Karpal Singh. Tetapi tidak nampak polis mengambil apa apa tindakan terhap mereka.

- Khir Toyo bersama geng gengnya mengepong rumah kediaman Karpal Singh pada 13 Feb 2009.

- 20 Feb 2009 Karpal Singh terima surat ugutan yang mengandungi dua butir peluru

- 26 Feb 2009 "Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia. Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya.

27 Feb 2009 Seramai Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan “Pemuda Umno celaka” dan meminta maaf kepada mereka.

22 Pemuda UMNO menyempurnakan imej mereka sebagai manusia samseng dengan menyerang Karpal Singh di kawasan Parlimen manakala pegawai keselamatan berhampiran hanya membisu dan tidak bertindak segera menghalang serangan tersebut.

Kita sudah menyimpang dari perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair
... Rakyat tidak lihat kita benar-benar berpegang kepada perjuangan kita."Ucapan kita sudah jadi retorik, dan orang kata kita retorik dan tidak amalkan apa yang kita cakap...," kata Mukhriz Mahathir

Biarlah kita menganalisa sejauhmanakah kegagalan UMNO dalam masa depan mereka . Sering kali UMNO telah mengorek kuburnya sendiri, ramai rakyat telah bangkit dan tunggu untuk mengusung keranda UMNO.

Agama Islam

Islam tidak pernah mengajarkan tindak kekerasan, dan Alquran tidak mengandung ajaran kekerasan. Kalaupun ada orang Islam yang melakukan tindak kekerasan, itu tidak dapat diklaim sebagai mainstream ajaran Islam dan Alquran

Islam adalah agama yang sangat mencintai "kedamaian". Karena kata al-salâm, al-istislâm, al-muslim, al-taslîm dan bentuk derviasi lainnya mengindikasikan akan "kedamaian", bukan kekerasan.

Bagaimanakah Pemuda Umno dapat perjuangankan Islam ? Diri mereka di ibarat bagai manusia yang berkelodak dalam kolam najis, kemana sahaja akan dihalau oleh orang.

Dalam negara demokrasi, kita tidak sewajarnya menggunakan kekerasan sesuka hati. Sebelum ini, UMNO cuba memprovokasi Tok Guru Nik Aziz dengan menzalimi dan menyiksa anaknya dengan memasukkan anaknya ke dalam ISA. Sekiranya Tok Guru Nik Aziz ketika itu mengarahkan penyokong PAS untuk mengangkat senjata dan berjihad, nescaya akan berlaku pertumpahan darah dari Kedah hingga ke Johor. Sekiranya Anwar sewaktu reformasi dahulu mengarahkan penyokongnya mengangkat senjata menentang kezaliman BN, nescaya bergelimpangan mati penyokong UMNO dan golongan yang menentang UMNO. Tetapi, atas kebijaksanaan kepimpinan Pakatan Rakyat, kaedah aman digunapakai. Ini berbeza dengan Najib C4 dan UMNO suka benar mengugut bunuh. Nampaknya, UMNO sudah memulakan operasinya.. Semua harus berhati-hati dan jangan terpengaruh dengan politik provokasi UMNO...

Bangsa

Keperlakuan Pemuda Umno hanya membinasakan imej bangsa Melayu. Kaum Melayu yang berintelek memang menghina golongan yang memprovokasikan bangsa dalam perjuangan. Tidak kurang juga unsur unsur perkauman luas disebar dalam masyarakat melayu. Sering memainkan sentiment yang berasaskan retorik, khasnya Ketuanan Melayu. Anggota pemuda adalah tiang perosak mnegara. Akibat gila kuasaDari Mukhriz. Khairy Beruk dan Khir Toyo yang lebih jahat dari hantu. Kebiadapan dan sikap munafiq/ fasik memang sesuai untuk Pemuda UMNO.

Memang ternyata dalam Islam

Allah akan menghancurkan para pelaku kezaliman (Qs. Ibrahim [14]: 13), Pemuda Umno akan menerima kencaman dan mendorong kejalan putus harapan. orang-orang yang zalim akan menerima azab yang dahsyat, karena mereka fasik (Qs. Al-A`raf [7]: 165, Alquran melarang umat Islam untuk mengikuti (cenderung) kepada orang-orang zalim, bahkan meraka tidak boleh dijadikan wali (pemimpin). Yang menjadikan mereka sebagai wali (pembantu), akan disentuh oleh api neraka (Qs. Hud [11]: 112-113), akibat dari kezaliman dan kekerasan Pemuda Umno. Maka dipercayai mereka akan makan diri akibat dari dosa dosa yang tak terbilang .

Tanahair:

Perlukah Pemuda Umno memperjuangan apa apa untuk tanahair?? Memang ternyata Malaysia sudah merdeka selama 52 tahun, Rakyat Malaysia berbilang kaum hauskan keamanan dan kemajuan. Akibat pemerintahan UMNO sering menyalah gunakan jentera kerajaan untuk menindas kumpulan yang tertentu, jadi masa depan Pemuda UMNO tidak layak langsung menyatakan perjuangan kepada tanahair. Cbalah kita fikirkan adakah Negara asing menakluk atau menyerang Malaysia? Jadi apakah keraguan terhadap Tanahair ??

TV3 : "Pembohongan Terkini, Fitnah Sensasi".

SEMUANYA seperti tidak masuk akal... Bagaimana sebuah stesen penyiaran yang mendakwa sebagai 'market leader' dalam kelompoknya boleh melayan isu picisan tanpa sebarang merit dan kredibiliti.

Itulah TV3... Stesen penyiaran milik tidak langsung Umno yang bertemakan "Berita Terkini, Hiburan Sensasi".

Sudah hampir seminggu stesen penyiar swasta itu memainkan isu 'ucapan derhaka' seorang ahli Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Kedah kononnya. Maklumat berhubung perkara itu diterima oleh Pemuda Umno negeri khususnya Setiausaha pergerakan itu melalui satu surat layang.

Hanya berdasarkan surat layang itu, TV3 becara bersungguh-sungguh menyiarkan protes Pemuda Umno negeri dan memberikan liputan meluas siri-siri protes itu di rancangan Buletin Utama - program berita waktu puncak TV3.

Apa yang melucukan, hingga saat ini Pemuda Umno negeri dan TV3 gagal mendedahkan butiran spesifik tuduhan mereka. Terbukti Pemuda Umno tidak mempunyai apa-apa untuk didedahkan kecuali sehelai surat layang - tanpa nama, tanpa alamat, tanpa kredibiliti dan tanpa akauntabiliti.

Seperti kata Menteri Besar Kedah, sesiapa sahaja boleh menulis surat layang termasuk Pemuda Umno negeri sendiri.

"Mungkin dia jumpa (surat layang itu) di pasar, orang buang dia ambil, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)?

"Ni cakap-cakap seperti ini dia ada 'malafide' (niat jahat), dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tuanku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?

"Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!" tegas Ustaz Azizan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, 28 Februari lalu.

Sambil menyifatkan Pemuda Umno sebagai 'gembala kerbau' kerana hanya tahu berbuat bising, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan bahawa isu itu sengaja dibangkitkan sebagai persediaan Umno berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau, 7 April ini.

Sebenarnya ini bukan kali pertama TV3 menyiarkan berita bohong tentang kerajaan negeri Kedah. Tentu kita masih ingat menjelang sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim, TV3 telah menyiarkan berita kononnya Menteri Besar Kedah berbelanja mewah kerana menyewa jet eksekutif dalam urusan rasmi. 'Footage' menunjukkan kelibat Ustaz Azizan memasuki pesawat tersebut disiarkan berulang kali oleh TV3.

Tanpa disedari, Ustaz Azizan sebenarnya hanya mengiringi kerabat Diraja Kedah menyampaikan jemputan kepada Sultan Brunei untuk hadir ke majlis sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim. Maksudnya, program itu adalah urusan rasmi istana Kedah dan Ustaz Azizan cuma melaksanakan 'Urusan Diraja'. Maka jelas fitnah yang dilemparkan TV3 itu telah mencemarkan imej istana Kedah khususnya Sultan Abdul Halim.

Diberitakan 'orang kuat' TV3 terpaksa menghadap Sultan Kedah memohon ampun atas keterlanjuran laporan itu. Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas memohon ampun, TV3 kembali mengamalkan tabiat buruk melaporkan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri.

Ustaz Azizan menyifatkan isu terbaru yang dimainkan TV3 dan dilakonkan Pemuda Umno negeri itu sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.

"Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), TV3 Kedah saja layan; tak berapa cerdik, buat rugi masa saja," bidas beliau.

Menurut Ustaz Azizan, Tuanku Sultan pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh.

"Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.

"Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah... budak-budak.

"Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!" sindir beliau disambut gelak ketawa wartawan yang hadir.

Buat masa ini TV3 akan terus memperlihatkan kebodohannya untuk memperbodohkan orang kampung. Isu tanpa kredibiliti akan terus dimainkan asalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat diburuk-burukkan.

Pembohongan akan terus dilaporkan dan fitnah akan terus menerus disensasikan walaupun tanpa sebarang bukti dan fakta. Etika kewartawanan sebenarnya telah lama dilacurkan stesen TV itu.

Elok rasanya TV3 menukar 'tagline'nya kepada "Pembohongan Terkini, Fitnah Sensasi".

Perak :: Sidang tergempar DUN di bawah pokok

Dalam sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim Ridwan Ibrahim memberitahu peguam Speaker V Sivakumar bahawa mereka tidak boleh mewakili speaker, yang sepatutnya diwakili oleh penasihat undang-undang negeri.

Di bawah adalah rentetan peristiwa yang berlaku hari ini.

10.57am: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin juga menggesa rakyat supaya bertenang dan mematuhi undang-undang. Beliau meminta mereka supaya tidak mengikut tindak tanduk golongan yang didakwanya menghalangnya dan wakil rakyat Pakatan yang lain daripada memasuki DUN awal pagi ini.

10.53am: Ngeh juga berkata Speaker Sivakumar akan mengambil tindakan menghina terhadap polis dan setiausaha kerajaan negeri.

10.50am: Pengerusi DAP Perak dan exco kanan, Datuk Datuk Ngeh Ham berkata hari ini adalah yang paling sedih dan menuju ke arah sebuah negara polis.

10.49am Nizar berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini. Katanya, sidang tersebut diadakan mengikut aturan dan peraturan.

10.46am Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.

10.35am Di Mahkamah Tinggi Ipoh, Tommy Thomas, peguam yang mewakil Speaker Sivakumar memberitahu sidang akhbar bahawa hakim telah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili speaker.

Berikutan itu, Thomas dan peguam lain telah menarik diri daripada mewakili Sivakumar. Thomas berkata, beliau menunggu arahan daripada Sivakumar mengenai tindakan selanjutnya.

10.30am Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

10.25am Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.

10.23am Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

10.18am Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.

10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong.

10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas.

Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan.

Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

9.45am Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk.

Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.

Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.

9.35am Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama.

Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.

9.30am menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyatnya tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

9.21am Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke Dewan Undangan Negeri melalui pintu tersebut.

9.20am Orang ramai pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.

9.15am Wakil-wakil rakyat Pakatan yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.

9.10am Peguam kedua belah pihak berada di bangunan mahkamah.

9am Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.

8.50pm: Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. "Tiada sebarang tanda akan berlaku apa-apa," kata wartawan Malaysiakini, Andrew Ong.

8.30am: Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya.

Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri. Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.

8.15am: Pintu Utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapapun di benarkan masuk ke bangunan itu. Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan.

Polis juga menutup jalan belakang ke bangunan berkenaan. Trak-trak Unit Simpanan Persekutuan (FRUM) dan trak meriam air kelihatan di situ.

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkeflil Abdullah memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan berhimpun di bangunan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat merancang untuk berhimpun di pintu masuk bangunan sekretariat kerajaan negeri sebelum jam 10 pagi sebelum masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di dalam bangunan tersebut untuk mengadakan sidang tergempar DUN.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Zambry Abdul Kadir memfailkan saman terhadap Speaker V Sivakumar yang dijangka didengar jam 9 pagi di Mahkama Tinggi Ipoh.

----from Malaysiakini..